Aku memang penggemar face scrub. Dan aku juga suka product St Ives. Mama pernah beli dia punya lotion pergh memang sumpah best lotion dia. Cuma lepas tu aku tak lah maintain beli sebab aku suka tukar lotion dan tak suka guna 1 product sebab aku mudah bosan HAHA. alasan pun bajet artis lagi. Masa pergi Watson ternampak Apricot scrub ni terus ambil tanpa fikir sebab masa tu aku dah tak pakai scrub lama gila.
1st time pakai sumpah kasar gila dia punya scrub tu. Sebijik sebijik butir dia. Tapi tak sakit cuma dia kasar. Lepas pakai tu memang sumpah kulit tak rasa kasar langsung despite dia punya isi tu kasar. Kulit muka rasa bersih, lembut dan jerawat aku yang ada time tu tanggal terus kuang kuang tak payah susah aku nak picit ke haha. Tapi serius tak macam scrub lain muka akan rasa ketat dan kering tapi dia ni rasa lembut dan tak kering dan tak kasar. Aku pakai 2 - 3 kali seminggu. Selang sehari pakai sebab takut juga adverse effect sebab scrub kasar kan? Tapi 2 - 3 kali tu langsung tak bagi adverse effect lagi. hehe. Confirm beli lagi kalau habis nanti. Dah lah tak mahal. Maklumlah drugstore product lah katakan
Ok sekarang face mask. Lama dah tak jumpa face masak jenis clay ni. Sebab kulit aku jenis berminyak so elok pakai clay punya mask. Sumpah murah tak tipu dan aku dah pakai almost 2 weeks dan aku berpuas hati dengan kesan dia. Mask ni cepat kering dan mudah untuk bersihkan. Masa first aku apply dekat muka rasa sungguh mint habis haha sejuk berangin dan bau dia punya lemon lah kan. Dan mask ni buat masa sekarang memang buat muka rasa healthy habis. Segar je. Kulit rasa lembut juga. Let see for a few more weeks. Boleh tak dia minimize pores.
Dua benda diatas adalah BB Cream paling mantap di alam semesta. Ya tuhan aku bersyukur BB cream diatas wujud dalam dunia. Dulu guna skin79 dengan in2it and both were so greyish kind of BB cream. Tak faham kenapa nak kelabu. Manusia ada ke warna kelabu kulitnya? haha maybe lah ada kot kalau tak kenapa orang nak cipta ye dok?
By the way both Etude House Bright Fit and Holika Holika Aqua Petite Jelly BB creams are my holy grail products sampai kalau pergi kerja kena juga pakai kalau tak pakai rasa sedih kulit nampak begitu tak bermaya dan nampak sakit. Sekali lagi aku over. HAHA
exhibit 1: Holika Holika Aqua Petite Jelly BB Cream
exhibit 2: Etude House Bright Fit BB Cream
Tapi pakai BB Cream sahaja pun aku tak boleh. So before apply BB cream aku akan pakai dulu;
Yes ni namanya face primer. Aku akan campur benda ni dengan BB Cream. Tujuan dia supaya semua kecacatan yang tak dapat BB Cream tutup dia tolong tutup haha. Berdasarkan Exhibit di atas sebenarnya kulit aku memang sumpah banyak cacat. Actually primer ni aku tersalah beli sebab ingat dia adalah BB Cream. Mahal ya tuhan! RM35 ke atas kalau tak silap. Masa tu balik bila dapat tahu ni primer aku terus nak hantuk kepala kat dinding. Tapi lepas tu try pakai dengan BB Cream rupanya dia best! haha Dia punya ratio adalah 2 BB: 1 Primer.
Lepas tu untuk bagi muka nampak bright atau pun kita panggil bagi nampak berkilat aku campur pula dengan benda ni;
INI SERIUS! SERIUS KUASA DUA. NAK BAGITAHU YANG NYMPH AURA NI MEMANG BEST YA TUHAN RASA MACAM NAK NANGIS SEBAB INI BETUL TAK TIPU! DIA MEMANG MAHAL GILA TAPI HASILNYA SANGAT MEMBAHAGIAKAN!
Tengok exhibit atas tu nampak macam berkilat sikit kan? sebab benda alah ni lah. Tak adalah muka nampak keras je nanti. Jangan letak banyak nanti muka nampak seperti bawa 1 tong minyak. haha Ratio dia 2BB : 1 Primer : 1 Nymph Aura. Campur tiga serentak then apply kat muka. Confirm korang nangis lepas tu sebab kenapa dia best sangat. Over kuasa 50juta. Kalau rasa nak bagi effect lagi lepas pakai bedak semua blusher bagai ko sapu sikit kat tulang pipi tu dengan kat batang hidung. Nampak mancung kononnya. Maklumlah hidung aku pesek. Kemek. Jawa punya haha.
Ni pula Lipstick kegemaran. Sejak beli tak pernah guna yang lain. Sebab warna dia buat pertama kali sesuai untuk aku. Aku ada problem dengan Lipstick sebab susah nak jumpa warna yang sesuai dengan kulit aku. So thanks Maybelline wujudkan warna yang sumpah tak sesal beli kat guardian harga dalam RM26. T^T
Ni pun Maybelline juga. Sedih gila bedak ni dah nak habis, lepas tu boleh pula hancur jadi macam tu. Mesti sebab tadi aku terbaling kat meja. wuu Bedak ni pricey juga lah untuk drugstore punya sebab dia range dalam RM 35 - 40 sebab bekas dan bedak harga asing. Tak apa yang penting worth it ke tak. Ni memang worth it sebab dia tak buat muka ko nampak keras. Dia tutup pori yang ada tapi nampak biasa tak nampak keras muka tu. Tapi sekarang dia dah nak arwah. Aku sedih......(muka sembam kat bantal)
Oh ni lip tint. Lip tint ni dia tak tahan lama. Tu dia punya con. Tapi kalau pakai sama dengan lipstick aku tadi memang awesome marvelous habis. Refer Exhibit 1 dan 2 aku memang pakai. Tapi aku pakai kat area tengah bibir. Keliling tu aku pakai lipstick. Konon macam gradient kind of thing lah tu aku tiru youtube make up korea haha
Ha ni memang aku beli sekali je lah kalau dia tak ada sale. Blusher Bodyshop ni harga ya tuhan faham je lah ye mahal dia sumpah jangan beli kalau tak ada sale. Time aku beli ni dia 50% diskaun ye. So aku dapat dalam 20++ hehe. Tapi kalau rasa nak beli juga kalau tak ada sale, be my guest sebab blusher ni tak sesal lah kalau beli. Warna dia nampak sesuai gila dengan kulit aku. Tak over merah. Tapi kena pakai banyak sikit sebab dia tak merah sangat kan. Kesian yang ni pun dah nak arwah. Tadi konon nak beli tapi tak ada sale so biarlah menjadi kenangan abadi je. Tapi serius mak cik aku pun suka blusher ni. Dia pun tunggu sale baru nak beli keke
Aku memang minat blusher cream ni. Ni lagi lah mahal dari si bodyshop tadi. Product Jepun selalu overpriced bagi aku. Sigh. Aku akan pakai Cream blusher dulu. Tapi kena ingat letak sikit saja sebab dia ni kalau ko letak banyak ko jadi clown. Haha. Sebab dia memang betul pink. Then baru aku letak si bodyshop dengan in2it yang aku akan review sebentar lagi. Sila rujuk exhibit diatas untuk tengok kesan dia. Aku approve tapi dia ni pun dah nak habis. Arwah time aku tengah tak ada duit pula semua benda ni apahal lah. tsk tsk tsk.
Ha ni je blusher yang paling murah aku beli. Harga belo RM20 beli kat Watson. Untuk pengetahun ni aku punya 2nd purchase untuk blusher ni. Tnadanya aku approve sangat blusher ni dan memang aku rasa aku akan beli lagi kalau dah habis.....lagi. Dia ni blusher yang berkilat tapi bila letak kat muka memang tak nampak pelik. Refer exhibit atas untuk gambaran jelas hehe. Warna plum ni dia tak pink dan tak gelap. So aku memang suka lah. Sebab kalau pink sangat aku nampak aneh sebab aku hitam haha Putih tu sebab BB Cream ye harap maklum.
Ni pun blusher. Ye aku tau korang nak kata kenapa aku banyak blusher. Sebenarnya aku suka blusher. Aku lemah terhadap benda yang nama dia blusher.
Sebenarnya ada lagi 1 blusher aku tak tunjuk sebab blusher tu belum capai lagi tahap istimewa kat aku. Maybe sebab aku belum focus guna dia lagi. Tapi blusher atas ni aku beli time tengah sale dekat THEFACESHOP. Oh ni aku pakai juga campur dengan 2 blusher atas. Tapi dia paling last sebab aku nak tone down kan kalau nampak muka merah sangat. Blusher ni warna peach cair so dia memang boleh tone down kalau ko terlebih pakai blusher atau ko nak blend in kan blusher supaya tak nampak blusher kat atas semua tu seperti ko tampal kat pipi macam anime tu. Anime buat tak apa. Manusia buat NO NO NO. Tak comel haha
So tamat sudah review product kegemaran aku sepanjang tahun 2013 sampai sekarang. Aku pakai semua kat atas setiap hari bekerja tanpa fail ye haha
Banyak kan? tapi tulah kalau dah minat memang tak akan rasa beban. Aku ambil masa dalam setengah jam ke 45 minit untuk makeup. Sadis gila kan? oh ada aku lupa nak tunjuk mascara dan eyeliner. Next post je lah sebab aku pakai mascara 3 jenis serentak HAHA.
Tak percaya aku pakai 3 maskara? Sila refer below exhibit! haha Penat tau tak nak besarkan mata tu. Mata aku ni lagi sepet dari chinese dan korean. Sama besar macam mata Kim Jong Kook agaknya. Smiling eyes katanya haha
Blie product korea ni online lebih murah berganda ganda dari beli dekat kedai dia di Malaysia ni. Tapi kalau 50% diskaun beli sini sahaja lah. Tak pun kalau buy 1 free 1 ke. Beli kat sini ----->
0 shouts:
Post a Comment