Appa Odiga ni nama english dia DAD WHERE ARE YOU GOING (DWAYG). Click kalau rasa mampu nak follow sampai episode 55 tu. haha Aku mampu tu pasal aku gigih habiskan 35 episodes dalam masa seminggu. Sehari 1 episode dan on weekend kasi hentam 5-10 episodes sekaligus tanpa rasa guilty pada diri sendiri mahupun keluarga.
Kalau setakat DWAYG je tak apa. Ni ada lagi nak kena qada' apahal kan. Dengan Wonderful Mama lagi. Wang family lagi. Lepas tu ada drama baru Jeong Dojeon pula. Lepas tu nak kena follow up pula The return of superman lagi, dengan EXO showtime bagai. arghhhh Sumpah gigih. Manusia tergigih.
Mesti pelik sebab apa aku boleh continue tengok benda alah semua tanpa kena pekikan ke apa. haha sebab Sabtu aku gigih gila kemas rumah so malam tu pastikan dah free. Ahad pun dah tak ada benda nak buat. Tinggal nak iron baju sendiri dengan ayah saja. Sambil iron tu boleh tengok KBSWorld denagn 1HD kan. Apa ada hal. Menyelam sambil minum air. huhu
Sambil buat post ni tengah dengar compilation piano eperti di bawah ni haha:-
Sebenarnya langsung tak ada idea nak tulis apa tapi paksa diri juga sebab nanti mesti langsung dah tak buka lagi blog. haha
Oh lupa! dah dapat anak saudara kembar!Sepasang pula tu. 1 lelaki 1 perempuan. Koleksi anak saudara terus menjadi 6 orang! habis aku tahun ni! haha
Kak Nazzira pun dah lahirkan baby boy ! comel sumpah comel! lepas tu budak tu putih gila!
Comelkan Baby? eee comel comel comel! Tak ziarah lagi Kak Nazz. Ingat nak pi weekend tapi rasa mesti ramai sedara mara dia kan. So macam nak mai weekdays. Tak ada lah segan sangat. haha. Tapi tak tahu nak bagi baby hadiah apa. sigh....
Bye dah pukul 1 am. Esok Isnin. Kerja kerja kerja !
1 shouts:
comel gilos kembar tu! satu tu mata tak bukak lagi ikut makcik fatema ke? haha
Post a Comment