IC hilang.
Entah apa apa IC pun boleh hilang. Misplaced rasanya tapi dah cari seluruh rumah...ok tipu. Tapi dah cari dekat tempat yang mungkin boleh terletak atau tercicir tak ada juga. Tapi Hilang IC ni memang tak ada feel langsung nak cari dengan bersemangat -.-''
Yang photocopy punya adalah aku bawa. Manalah IC weh. Dah lah nak buat baru kena bayar mahal sumpah tak-tipu-baik-beli-tiket-konsert. Range dia antara 100 hingga 300 kot. Aku rasa ni 3rd time aku hilang. 2nd time dulu masa kena ragut kat Segamat. arghhhhh. So aku yakin ni 3rd time. warghhhh RM300 melayang begitu sahaja seperti melakukan amal jariah katakan.
Aku memang ada masalah dengan barang sendiri. Selalu tersalah letak lepas tu nak mencemas tak tentu pasal.
Kejadian paling baru masa last week. Sabtu. Masa tu makan dengan Put dekat UNISEL. makan nasi kukus. Sedaplah nasi kukus cuma aku tak minat nasi berderai. Sebab lauk dia ayam so aku suka. Ayam ayam ayam. oh yeah! Lepas tu entah macam mana masa on the way balik, dalam kereta depan petronas Sek 7 tu tergapai cari phone dalam beg. Tak ada. Lepas tu punggah-cemas-nak-mampus beg sampai aku campak semua barang dalam beg. Namun bayangan phone masih gagal ditemui! Cemas lah! installment dengan mama belum habis bayar kau nak hilang pula! Macam macam dalam otak masa tu. Meraung lah dalam hati. Gila ko! haha
Berdoa yang phone ada kat kedai nasi kukus tu walaupun harapan tipis. Turun kereta terus pergi kedai cari kat kerusi semua, orang yang nampak aku terus tahu aku memang tengah cari phone haha. Diorang bagitahu phone kat kaunter. Sumpah terus rasa nak luluh hati jantung semua sebab ada manusia jujur dalam dunia ni lagi. Terus lah aku tunduk ucap thanks banyak banyak banyak kali sambil rasa nak letak, ikat phone kat badan terus. Lekat terus.
Thanks orang seksyen 7, orang Shah Alam. Semoga murah rezeki semoga dibawah rahmat Allah semoga semua kebaikkan bersama semua! Thanks!
1 shouts:
ikat dekat teytyks
Post a Comment