Monday, July 1, 2013

3rd and 4th day: Topkapi Palace, Dolmahbace Palace, Taksim Square

Sebabkan duduk di Istanbul adalah lama, 6 hari jadi kitorang memang take our own sweet time habis jalan kat Istanbul ni haha. Sehari satu tempat je jalan. Plus ayah dengan mama tak larat nak jalan jauh and lama.

Untk hari ketiga kitorang pergi ke Topkapi Palace. Kalau tak silap, istana ini adalah istana first selepas Istanbul ditawan oleh Sultan Muhamed Al-Fatih. Nak ke istana ni pun ambil masa 5-10 minit sahaja dari tempat tinggal. Boleh saja naik tram tapi kalau boleh jimat dan boleh juga jalan sambil tengok view cantik better jalan je. Lagipun usia masih muda kahkahkah. Kata backpacking pun.

Bayaran masuk ke istana adalah 25 TL. Kalau ada international student card boleh dapat lebih murah. Student card biasa dia tak terima. Tapi masa kat rusia boleh je. So bila jalan lain kali bawa student card. Boleh jimat banyak.

Anyway kalau pergi Istanbul nanti jangan lupa masuk TOPKAPI ni. Sebab semua khazanah Islam ada kat sini. Pedang nabi nabi dan sahabat pun ada. Hakim kata Ottoman empire ni kan dulu empire terkuat so negara Islam lain hantar semua khazanah Islam di Istanbul untuk protection dari hilang masa perang. Bila nampak pedang dan semua khazanah Islam hati jadi sayu dan sedih. Sebab empire terkuat boleh jatuh sekelip mata. Janggut nabi, tapak kaki nabi semua ada. Rasa nak menangis. Istana ni banyak sangat library. Dia tak semewah istana DOLMAHBACE.

So hari ni kitorang pergi ke Dolmahbace Palace. Bayaran dia mahal sikit i.e. 30 TL. Nak ke istana ni mudah sangat. Dari tempat kitorang stesen terdekat adalah Sirkeci. Naik disini dan turun di Kabatas stesen. Jalan dalam 10-15 minit sampai dah. Senang sangat nak jalan kat Istanbul ni. Sebelah palace akan nampak, Dolmahbace clock tower. Istana ni dah terlalu mewah. Hidup sultan time ni dah tak bersederhana. Istana ni ambil masa 13 tahun untuk disiapkan. Kalau tengok memang membazir. Guna kristal untuk tangga. Chandelier punya besar. Sebab banyak buang masa buat benda macam ni, pemimpin Islam time tu dah leka. Seronok juga belajar pasal sejarah ni. Nanti nak baca sejarah kebangkitan dan kejatuhan Islam sebab kita boleh learn banyak benda. Tu tak masuk lagi macam mana AlFatih tawan Istanbul. Cara hidup AlFatih sejak kecil. Tsk tsk 

Lepas tu kitorang pi ke Galata Tower. Pergh ni pun kena duit juga. Tapi kitorang tak masuk. Malas. Harga dia 13TL. Lepak kat area Galata Tower tu je. Nak ke Galata Tower tu senang tapi mencabar haha. Naik tram turun je kat Kalakoy stesen. Then kena naik bukit sampai atas nampak lah Galata tower tu. Memang menguji daya tahan diri naik tu. Naik tangga, naik bukit. Pergh. 

Before naik ke Galata tower tu makan dulu 30 ketul kepah yang sedap tahap tertinggi. Kitorang dah macam kena sumpahan kepah tu. Setiap hari nak cari benda tu. 1TL dapat 3. Setakat ni tu paling murah kitorang boleh dapat. Bila dah pekena kepah, minum pula fresh oren. Ini betul betul fresh tak tipu. Perah limau 3 biji depan mata kot dapat secawan dalam 1TL. Paling mahal pernah kena 5TL. Tsk tsk tsk.

Then before tu dah mentekak kebab daging. Haha kitorang ni macam kembara makan juga lah. Sebab kat Istanbul senang nak cari makan tu yang asyik makan je. Tapi keluarga aku memang tak boleh lapar. Nak jalan kena perut penuh, lepas tu bawa air banyak, bawa pula bekal roti, buah, biskut bagai. Haha Tu pasal aku kalau jalan mesti nak kena kenyang dan berbekal huahuahua

Lepas tu jalan jalan cari pasal ke Taksim Square haha.  Naik Metro nak ke sini. Sampai Taksim pukul 3 nak ke 4. Makan dulu. Time tu dah nampak polis tengah berjaga. Siap bergambar dengan polis keluarga aku kekonon nak tunjuk kitorang mai sini haha. Hakim pula bajet reporter haha. Lepas pukul 5 diorang mula berarak. Memang lemas. Kitorang pula memang degil pi ikut arus diorang. Patut ikut jalan lain haha ambik ko sekali berhimpit tahap bau ketiak. Dah lah orang kat sini macam go natural habis. Tak ada pakai deodorant ke apa. Lagilah menambah lemas. Lepas 15 minit macam tu baru lepas dari kelompok tadi terus naik metro. Lega rasa.

sekarang ni aku kat rooftop, ada arak kat sini. Maklumlah omputih kan minum. Nasib tak ramai orang. Adalah dalam 3,4 orang. 

Esok cadangnya nak ke grand bazaar. We'll see camno 


0 shouts: