Saturday, June 29, 2013

2nd day: Istanbul negara Islam tercinta


Macam biasa tajuk mestilah nak poyo kelas pertama. So please jangan bengang. Huahua

Semalam sebabkan mama dengan ayah masih penat keluar rumah pun dah dekat tengah hari. Target just nak jalan keliling Istanbul. Nak survey price dengan tempat. 

Rupanya tempat tinggal kitorang i.e. Harmony hostel dekaaaaat sangat dengan attractions kat sini. Depan hostel memang laluan tram. Tapi tak nak naik sebab kalau jalan kaki pun hanya 5-10 minit sahaja. Kalau orang tua jalan maybe dalam 15-20 minit at most. Serius dekat gila.

Dari hostel terus jalan naik atas i.e. Ke kiri terus je ikut laluan tram. Beberapa minit nanti akan nampak Agya Sofya.  Sebelum ni Agya Sofya adalah church masa zaman Byzantine, kemudian jadi masjid lepas Al Fatih tawan. Masa zaman Kamal baru dijadikan muzium. Takut salah fakta sila google haha malas nak bagi link. Cerita macam mana Sultan AlFatih tawan Istanbul sangat best. Hebat tak hebat lah dia kan. 

Sebelah Agya Sofya ni ada Blue Mosque. Beza Blue Mosque dengan masjid lain di Istanbul adalah dia ada 6 minarets. Yang lain ada 4 at most. Lepas tu masjid dia kebiruanlah dengar cerita. Aku tengok ada ah birunya, maybe psychology sebab otak kata blue so masjid pun pada pandangan jadi biru huahua. Masjid di Istanbul best sebab ada ruang terbuka masa masuk dalam. Ruang tu macam ruang lepak jugalah. Then masuk lagi baru dalam tu ruang solat. Di Istanbul semua masjid dia lampu sangat rendah. Haha tergantung camtu je. 

Lepas pi masjid terus jalan pergi ke Spice Bazaar. Pening juga jalan kat Istanbul sebab maybe ramai kot pelancong Malaysia mai sini, jadi semua peniaga kat sini a bit annoying bila banyak sangat cakap:

'Malaysia malaysia? Apa kabar?'
'Malaysia! Murah murah. Makan minum percuma'

Kalau 1, 2 orang yang cakap ok lah. Ni pergh, berpuluhhhh sampai rasa nak kata je aku ni Korean. Gittewww haha. Kalau yang cakap tu artis korea maybe aku belilah juga merchandise. Kahkah double standard betul.

Lepas tu tengok shawl semua pergh mahal juga. Kalau yang silk tu adalah dalam 25-50 TL. Kalau yang pashmina campur silk 10-15 TL. Harapan lah kalau nak beli berbakul bakul tu. Nak nangis. tsk tsk

Lepas pi bazaar tu jalan sekeliling then balik bilik. Malam tu just aku, Akim dengan Apis je yang larat nak keluar. Mama, ayah dengan alin dah pengsan. Pesan suruh belikan makanan je. Masalahnya si Alin puntal ni punya makanan. Kebab tak makan. Terpaksa belikan nasi dengan ayam. A bit on a pricey side tapi nak buat lagu mano. Lepas makan semua kitorang jalan kat tempat siang tadi area tepi laut banyak banyak feri tu. Wow wow wow. Boleh tahan juga Istanbul ni memalam. Ada jual barang macam pasar tani tu. Yang mana kalau kat bazaar mahal kat sini murah. Tshirt dari 10 TL jadi 5 TL. Miahaha. 

Pencarian Hakim masa siang tadi kepah bersalut nasi berjaya bila dapat 3 kepah 1 TL. Kalau tak 2 kepah 1 TL. Kitorang makan dekat 15 keping juga. Belikan orang kat bilik lagi 10 kepah sebab alin suka makan. 

Lupa nak cakap kat sini ada kebab ikan! Bukan ikan filet please. Ni ikan bakar yang tiada tulang tu dia letak terus kat roti dengan sayur semua. Mantop. aku yang tak suka ikan pun rasa nak nangis makan sebab sedap. Siang harga dia 6 TL tapi masa malam beli kat mamat lain ni dapat 4 TL. Apa lagi, Hafiz makan lah lagi. Kahkah. 

Di Istanbul ni, kena pandai tawar harga dengan pandai survey cari makanan murah. Kalau malas dan tak kisah makan mahal silakan je makan apa yang dijumpai. Tapi sila jangan makan jagung bakar ke rebus ke sebab sumpah tak sedap dan rasa dia keras dan tak manis macam jagung malaysia. Menyesal beli tapi well at least dapat tahu tak sedap rupanya haha

nanti entry lain nak cerita pasal Torkapi Palace. 












0 shouts: