Friday, June 28, 2013

1st day: Istanbul aku datang

Ok tahu post title adalah poyo. Ikut suka hati haha. 

Semalam bertolak dari St. Petersburg pukul 9 am sampai ke Pulkova Airport dalam 10.00 am. Memang agak jauh perjalanan dari apartment tu ke airport. Tapi kepantasan dan keganasan  brader yang bawa teksi tersebut maka sejam adalah sekejap sahaja untuk kami sekeluarga . tsk tsk

Sampai Pulkova kena tunggu 20 minit sebelum masuk check in. Ok lepak kat coffee shop sat kalau macam tu. Masing masing haus tahap melampau.

Settle 20 minit check in. Flight pukul 12 so ada banyak masa untuk tunggu flight bagai. Naik low cost  flight. Tapi tak macam LCCT yang cun melecun. Sini memang melambangkan low cost betul. Haha buruk lah dari airport kita. Tapi security check dia memang pergh buat aku rasa seperti penjenayah. Haha 

Naik flight AirBaltic. Transit di Riga terletak di Latvia. Perjalanan ke Riga ambil masa sejam sahaja. So sempat lah nak tidur kejap dalam tu. Sampai Riga pukul 1 pm tapi sini lambat sejam so sampai 12 seperti waktu berlepas tadi haha. Sempat beli fridge magnet walaupun singgah 3 jam which is lama bagi aku. Duit Latvia ni mahal juga.1 usd = 1.86 ls. Hmm negara kecil. Population 2 juta. So income negara apa agaknya. Apa penyebab currency dia tinggi? Ok malas nk fikir. Haha. airport dia pun kecil juga.

Then lepak di Costa. Costa ni UK punya tapi worldwide juga dia. Dahsyat. 

Pukul 2 naik bas ke terminal D. Flight pukul 3.45 pm so expected dalam 7 pm sampai Istanbul. Perjalanan 3 jam naik low cost punya flight so dapat agak pinggang sakit. Kerusi keras. Lantak. Janji murah. Haha 

Sampai Istanbul pukul 7 lebih juga. Straight pergi Harmony Hostel. Jauh. Sejam setengah juga perjalanan. Sebab istanbul ni ada belah asia dan europe. Airport belah asia. Nak pergi belah europe. Traffic is super bad. Sama macam Malaysia. Cara bawa kereta juga pergh macam drift. Tak bagi signal orang turkish ni. Hah! Jambatan pula ada 2 sahaja. So boleh bayangkan kedahsatan jam dia.

Solat asar dalam kereta lah jawabnya. 

Nanti sambung  bye haha


0 shouts: