Thursday, June 27, 2013

Day 6th : St Petersburg V2.0

26/6

Masa hari last kitorang agak malas nak keluar awal pergi jalan beli barang kenangan (ecewah ayat) sebab panas dia semacam pula. Aku bangun je matahari tengah tegak kat kepala. Punyalah panas berpeluh time tidur. Sekarang tengah tulis entry pun tengah berpeluh even dah pukul 1 am. Panas bebeh panas tak tipu punya, real panas.

Lepas tu keluar rumah lepas zuhur jugalah dalam pukul 2 petang. Pi official store Zenith sebab dari luar kedai tulis ada 30% - 70% discount. Haktuih. Banyak lah discount. Lepas discount pun mahal kebapakkan bayangkan before discount. Hantuk kepala rasa at dinding. Beg galas Nike tu after less adalah RM240 ok. 

Iklan sat: Masa tengah tulis ni duduk tepi tingkap feeling feeling gittew. Orang rusia ni bawa kereta ganas gila. Lebih ganas dari gangster kg delek a.k.a fatema sendiri. Sekarang ni, pagi2 ni galak betul diorang bawa kereta, bapak laju siap drift lagi. Bengang pula menengoknya. 

Ok sambung kisah before iklan. Lepas tu pi tempat beli barang cenderahati. Mahalnya makaih! Fridge magnet RM10-20 hinggit tau dak. Pffft. Memang mengundang selipar jepun betul. Tu baru fridge magnet bayangkan benda lain pula. Menangis ayaq mata berdarah lah weh. Tapi penjual barang kat sini pandai english sikit. Kalau pandai tawar dapat murah sikit.

Settle beli barang Hafiz bawa kitorang pi fortress. Seperti grand palace dia juga amatlah besar, tapi kecik sikit dari grand palace tu. Dapatlah juga habiskan sekeliling fortress tu. Nak pi situ naik metro. Dari tempat tinggal kitorang ni metro terdekat adalah Nevski Prospect. Ada dalam 1 stesen je lah. Then jalan 10 minit camtu kot sampai dah kat fortress tu. tak ingat sangat tapi tak jauh dari masjid. masjid kat kiri. Fortress tu terus je jalan dari metro. Lalu ikut taman.

Lepas pergi situ tau dak kitorang jalan kaki balik. Haha sebab nak lalu pula River Neva. Cantiklah juga. Sekeliling tu nampaklah church yang colorful tu, masjid. Muzium Rusia. Pergi juga muzium tapi tak masuk. Macam tak ada kepentingan je haha

Lepas 6 jam jalan, Hafiz ajak makan sushi. Manly tears. Sebab sedap gila. A bit on a pricey side tapi untuk makan kitorAng tak kisah, plus adalah malam last kot. Haha

Jangan risau makanan kat sini banyak tapi tak halal lah. Cuma makan makanan yang ada unsur makanan laut ok. 

Tadi ayah poyo je kata malam ni boys' night out. Tengok balik terus pengsan, haha. Mana larat dah. Seharian berjalan. Dah lah jauh, bakar lemak sungguh huahua

Ayat mama paling lawak setakat ni

Aku: mama chamsarang ma (tv9 clot cerita korea)
Mama: cham bersarang!

Ok esok flight le turki pukul 1230 am. Tak sabaq nak 'Istanbul i mai' huahua


0 shouts: