Saturday, June 22, 2013

Part 2: Jalan town Liverpool....again

Yeah! sekarang ni baru pukul 8 pm. Tapi macam baru pukul 5 petang dengan keadaan panas, tapi beragin tapi still panas. tengah tunggu maghrib 10 malam ni. mata dah layu. kalau ikut waktu Malaysia dah pukul 4 pagi. aku tak tahan dah ni tu pasal terus nak tulis blog kuikui

tadi pergi round town Liverpool. Sempat grabbed ankle boot idaman kalbu. Ok lepas ni pi kerja tak ada bunyi lagi kata kasut aku macam masuk hutan. tsk tsk tsk. Kasut tu berjasa dah 3 tahun tau. Kesian dia. Pakai kasut tu tak rasa penat kaki. Namun sudah sampai masanya dia untuk berehat.

Esok nak pergi Chesire Oaks (Ok tak tau eja betul ke salah). Memang siaplah nak beli macam macam. Dalam kepala ada nak beli bag multipurpose i.e. yang boleh bawa pi kerja boleh letak Laptop dan bawa jalan. Tadi kat ZARA ada beg super cun, dah lah tengah Super SALE tahap tertinggi tapi bila fikir balik nanti hanya boleh guna pi kerja saja, tak berbaloi. Kemeja ZARA 15 pound kot. pergh memang mengundang jiwa lara. Nasib baik saiz tak ada. Kalau kat Malaysia tak pernah nak masuk ZARA tu sebab tsk tsk tsk tak berkemampuan dan selalu rasa macam si miskin kalau masuk. Kat sini memang rasa biasa je. CLARKS pun sama. dah lah ada discount siap ada further mark down lagi. kasut 20 pound. kat Malaysia mahu paling murah RM300. Tu kalau discount. sigh.

oh serius tak tahan. Mata dah layu melampau. bye.

0 shouts: