Yippe yeah! akhirnya trip untuk ke Europe untuk kali terakhir sempena Hakim dan Hafiz nak grad datang juga. Oh indahnya. Cuti selama 20 hari adalah terindah dengan tak perlu nak fikir pasal kerja bla bla bla yang sungguh bosan dan tertekan.
Sebelum bertolak bos cakap "eh you dah install email kat phone? nanti I akan email you juga apa apa. Monitor you punya assistant'' dan aku seperti WHAT?! nak bercuti tanpa gangguan ok. Zero tekanan. Bos ni kalau gaji tu naik tak apa juga ni masih juga tak berganjak. pffft. ok dah tak nak cakap pasal kerja. jom cakap pasal perjalanan keke
Departure
Dari rumah ke KLIA. Naik Turkish Airline. Flight pukul 11 malam, 20/6 tapi sebab tak boleh buat online check in maka kena mai awal. Before maghrib dah bertolak. Ticket flight pergi balik RM3000 ke Manchester tapi bukan direct flight lah kan keke. Transit di Turki selama 2 to 3 hours yang tak rasa lama sangat pun. oh ye cuaca masa kat adalah panas. expected lah kan sebab sekarang pun musim summer.
Turkish Airline sangat best. Tapi Pramugari dengan pramugara dia pergh sumpah tak ada senyuman ke pebenda. Garang gila. Mungkin memang macam tu kot orang Turki sebab banyak sangat makan benda manis so susah nak senyum. eh? langsung tak relate. haha. Perjalanan dari KLIA ke Turki ambil masa 10 jam. maka kertulah punggung duduk lama lama dalam flight. Tapi best ada banyak movie lalu boleh layan movie banyaaaaak sangat dalam flight. Plus kerusi sebelah adalah kosong lalu nak tidur pun nyenyak boleh baring! kuasa seribu gembira! Masa masuk je flight ayah dah cakap ''Nanti lepas je dia dah naik tengok kerusi mana kosong ayah nak pi. nak tidooo hehe''
Tapi sebenarnya bila naik kapal terbang benda paling aku eager nak adalah makanan. Suka makanan dalam flight haha. Cakaplah aku macam budak ke apa tapi memang serious naik je terus tak sabar nak tunggu makanan. Sebab pilihan makanan hanya ikan atau daging. maka pilih ikan sebab tiba tiba rasa nak makan ikan sebab daging ada nasi which is biasa dah makan tapi ikan tu garupa ke apa namanya aku tak ingat ada mashpotatoes la etc. Sungguh mengiurkan sekali. Turki ni agaknya suka makan cheese. ok fine tak apa. TAPI APASAL MASIN TAHAP MAXIMAS SAMPAI RASA NAK TERBELIAK MATA. Orang Turki suka makan masin mungkin sebab masa makan lagi sekali pun masin telurnya, masin kentangnya, masin sayurnya. fffuuuh. Nasib baik appetizer i.e. kek dark coklat tak masin. ffffuuuh lega.
Arrival
Naik Flight dari Turki ke Manchester ambil masa 3 to 4 hour maximum. So ada makan lagi. Happy haha. Transit punya flight pukul 8 am so sampai Manchester around 10 ++ am. Hakim ambil dalam 10.40 sampai Liverpool dalam 11 lebih jugalah. berhimpit masuk kereta dengan beg yang 5 tu. 1 Beg makan saja. Beg paling besar please. Ada rendang daging, paru sambal dengan ayam masak cuka mama. Maggie lagi. banyak weh sampai patah pinggang angkat. ok tipu. hiperbola. sebab ayah yang angkat bukan aku.
Masuk je rumah Hakim ada masak nasi lemak. Happy tears untuk Alin sebab dia tak makan benda merepek dalam flight tu. Kecuali daging sebab ada nasi haha. Kesian. Aku dengan ayah dengan mama tak ada hal. Makan je apa yang ada.Ayah kata ''ayah dapat je makanan tadi dah fikir, habislah anak aku tak makan'' well aku dengan mama pun fikir macam tu haha
Sekarang dah pukul 2.42 petang nak tidur takut malam nanti mata terbeliak tak boleh tidur. Mama kata nak ajak Hakim bawa jalan jalan sat gi. Btw Maghrib time summer adalah pukul 10 pm. fffuuuuh! Kedai kat UK time summer buka lebih lama dari musim musim lain. So nak jalan!
oh tulisan tanpa gambar sebab malas nak upload. Instag dengan FB kan ada! kekekeke
Bersalin anak kedua.
8 years ago
0 shouts:
Post a Comment