Wednesday, June 26, 2013

Day 4 - 5 : St Petersburg

Departure 24/6

Dari Liverpool untuk ke Heathrow Airport kena naik bas dan tube. Dan masa perjalanan in total almost 7 hours. Tsk tsk kejung punggung duduk. Huahua.

Naik National Express pukul 1 pm dari Liverpool dalam £15 per person dan ini return tix. Dan arrived memang tepat pada masa yang estimated i.e. 6.50 pm. Hakim kata mustahil lah bas ni tak ikut masa. Kagum. Naik bas ni macam naik flight. Pakai seatbelt untuk passenger. Haha siap buat announcement lagi ok. Then memang ada tukar driver lepas 3 jam perjalanan. Rehat kat Birmingham untuk 20 minit. 6.50 pm sampai kat Victoria station dan ambil tube ke Piccadily line dalam £5.5 per person. Mahal sebab kitorang lupa bawa Oyster card tsk tsk.  Lepas tu stop dekat terminal 4. Yeah sampai airport. First time kat airport ni sebab dulu kat Stanstead. Sumpah besar!

So dalam pukul 8 pm sampai Terminal 4 pergi terus kat kaunter Airoflot check in semua. Problem juga lah dengan Alin punya tix kena reprint sebab tak boleh masuk dah lah tak solat asar lagi. Memang dalam pukul 9.30 juga problem semua settle. Baru sempat solat. Qada'. Sebab dah masuk maghrib time tu. kagum sebab kat Heathrow ni ada tempat solat. Bukan khas untuk muslim tapi untuk semua agama sebab namanya Mulifaith prayer room. 


Then tunggu flight pukul 10.45pm tapi dia tak tepatada masanya. Lambat sikit. Then arrive kat Moscow untuk transit dalam 5.40 am. Kena ambil beg check in tu. leceh lah berat. tak macam masa transit di turki. pfffft. Kena tunggu dalam 3 jam jugalah untuk flight ke St Petersburg i.e. flight pukul 8.15 am. So sampai kat St Petersburg dalam 9.50 am macam tu. yang best kat airport rusia ni sebab main wifi free tak payah nak signin bagai macam kat UK tehehe so senang lah kan. 

Oh lupa nak cakap pasal makan minum dalam flight. Huahua kan da kata suka makan. Hakim kata dah tick kat online nk halal food. Tapi sedihnya diorang lupa. So dia bagi makanan tak boleh telan lah kan. Haha terpaksa makan nasi sahaja tak makan lauk. Hakim kata makan nasi lapik perut. Yang lain jangan makan. Tsk tsk tsk.

Ok tak apa sampai saja kat St Petersburg Hafiz ambil pergi hostel belajar dia dulu sebab check in apartment pukul 2 pm. Makan rendang mama kat hostel dia om nom nom lega. Tak pernah dengar adik sediri cakap rusia. Bila dengar r,asa kagum tahap maximas. Haha aku dengan Alin tak habis muka excited tiap kali Hafiz cakap rusia haha

Check in apartment pukul 2 pm then jalan sekitar St Petersburg. Tengok gereja yang colorful dengan taman taman kat sini. Hafiz kata sini banyak gila taman dan besar. Kitorang jalan dari pukul 5 sampai 9 malam juga. Kaki nak patah please. Jalan kat sini semua lebar lebar tu yang penat gila. Nak lintas jalan raya tu take foreverrrrrr sebab lebar sangat jalannya. Tsk tsk nak letak gambar malas sebab dah upload kat fb dengan insta. Haha


25/6

Semalam keluar pukul 11 macam tu pergi naik ferry ke Grand Palace namanya Peterhof. Sumpah penat sumpah besar. Kitorang jalan half of the palace sahaja ye. Besar dia macam kg delek untuk yang half palace tu. haha seharian hanya jalan kat situ sahaja. Nasib baik bawa air dengan sandwich boleh lah makan bila penat jalan kan.

Dekat Rusia sekarang kan Summer. Dia tak macam UK ada lah juga sikit sejuk. Hakim kata UK je macam tu cuaca dia. Pelik. Kat kawasan lain summer adalah panas gila. So memang betullah panas gila St Petersburg ni. Nangis aku dah lah tak ada kipas ke apa dalam apartment. Hanya tingkap super besar je ada haha. 
Nasib baik ada angin masuk dalam. So dia punya panas tak macam Malaysia. 

Dekat sini siang lebih panjang bila summer kan. So memang pukul 12 pm tu langit masih lagi terang, dipanggil White Night. Kagum betul dengan kejadian Allah. Hakim kata tu pasal ada setengah tempat Isya' tak wujud. Kena jama' terus dengan maghrib. 

Harini 26/6 Hafiz kata nak bawa pergi masjid cantik. Tapi jauh sikit dari tempat tinggal. Tak apa naik metro je pun haha oh ye kat sini naik bas tambang fixed 250rubel = RM2.50. Kalau nak pergi Rusia sila bawa translator ye. Memang haram lah nak diorang ni nak cakap english.

2 shouts:

minna said...

Datema is back! Yippie! Kagum aku dengan entry ni sebab selalunya kau x simpan facts, tapi kali ni entry banyak facts, so good job fatema! Hahaha

Datema said...

Ko puji ke perli aku haha tapi aku memang tulis notes kat hp haha