susahlah hidup ni kalau kita asyik fikirkan diri sendiri. semuanya tentang kita. semuanya kita nak orang faham kita. semua orang kena tahu kita ada masalah. semua orang kena tahu bagaimana mood kita setiap hari. samada tengah happy, sedih atau kecewa atau mungkin juga tengah dalam mood angau. haha. seronok kan kalau kita jadi centre of attention. siapa yang tak seronok?
tapi kita kena ingat kita ni bukan satu satunya makhluk Allah hidup kat bumi ni. ada lagi berjuta makhluk lain yang ada perasaan macam kita. bukan kita saja yang ada perasaan. makhluk lain bukannya robot. mereka pun ada perasaan juga. manusia lain pun tahu perasaan sedih, tension dan gembira tu macam mana. diorang pun ada masalah. ada ke manusia yang tak ada masalah? masalah manusia lain tu entah entah lagi besar dari kita. kalau rasa kita saja yang ada masalah, dan masalah kita tu unsolvable memang susah lah nak hidup berkomuniti.
kalau kita rasa kita kerja susah, cuba tengok orang yang kerja tak dapat dapat. dah lah tak dapat kerja, kelayakkan diorang belum tentu macam kita. tengok mak cik cleaner yang kerja naik tangga angkat sampah dari bilik ke bilik, lap lantai ...agak agak best ke kerja diorang. tak tension ke kerja tu? sebab kita tak rasa tak pernah buat, kita cakap
''alah setakat kerja macam tu, aku pun boleh buat''
jangan cakap besar, kalau Allah uji kita macam tu baru lah tahu perasaanya.
kadang kadang kerja berkumpulan, kita dah bahagikan tugas masing masing. semua buat bahagian masing masing. adil. tapi kadang kadang kita rasa yang kita buat lebih baik bagus sempurna dari orang lain. kenapa nak fikir macam tu? hormat orang lain. hormat cara kerja orang lain. bukan kita seorang saja yang mahukan kesempurnaan. jangan fikir kita seorang saja yang susah buat semua tu. orang lain pun susah. jangan terlalu mahukan kesempurnaan sebab kesempurnaan tu hak mutlak Allah. hargai usaha orang lain sebagaimana orang hargai usaha kita. jangan pandang remeh hasil kerja orang lain sebab mungkin sampai tahap tu saja diorang boleh buat. kita tak boleh nak anggap semua orang macam kita. kalau macam tu tak adalah variety dalam hidup. semua sama saja. satu line lurus. tak ada bengkang bengkok. jalan raya pun lurus saja tak ada belok belok. boleh? mustahil.
jangan anggap time kita ada masalah kita mesti babitkan manusia lain. kan dah kata semua orang ada masalah. cuma lain orang, lain caranya handle masalah. kadang kadang muka orang A nampak cool gila. yang B pula dah habis study tinggal nak kerja saja. yang C pula sibuk gelak gelak. eh gembiranya mereka kan kan! tapi disebalik wajah mereka tu ada masalah yang tersembunyi. tapi takkan nak tunjuk kat orang. kita tahu bukan kita saja bermasalah. luahkan boleh tapi jangan sampai nak babitkan orang lain dalam masalah kita. sampai orang lain ikut tertekan. luahkan bukan bermaksud tunjukkan. luahkan adalah beritahu
''aku ada masalah lah.. kawan aku tak layan aku. ignore aku. tension aku''
kalau tunjukkan macam ni
''aku tengah tension ni jangan bagi aku marah. diam. jangan nak bising je''
pergh! sakit ! panas ! kan kan. hahaha tu pasal kena tahu handle masalah. manusia yang pandai handle masalah memang seorang yang matang dan bijak.
jangan dikawal emosi sebaliknya kita yang mengawal emosi kita.
Bersalin anak kedua.
8 years ago
0 shouts:
Post a Comment