semalam mama dan ayah selamat sampai kat jakarta. aku hantar pergi KLIA sorang sorang saja. bertuah punya adik adik tak mahu temankan. cis. nasib baik akak korang ni hebat tehehehe
anyway, mama pergi dengan ayah sampai isnin ni. pergh selamatlah adik adik ku sekalian nampaknya. korang makan saja lah ye apa aku sumbatkan. tehehe. kesian,
dah lah sibuk gila nanti. helmi tuition hari ini, sabtu dengan ahad pula. memang aku malas. esok kena hantar dia pagi. memang takdir ku untuk bangun pagi setiap hari la jawabnya. jadi mak tu! tehehe
oh dan nak cakap aku despise semua pemandu motor. maaf lah bukan sebab apa, sebab ada budak perangai serupa itu syaitan langgar lari bumper kereta aku. memang aku sumpah seranah dia. sebab budak motor tu aku jadi lambat pergi kelas. plus rasa bersalah dekat ayah sebab baru saja cat bumper tu. usia dia pun tak sampai setahun lagi. memang nahas kalau aku terjumpa kau nanti. argh! aku sumpah dia kena langgar masa tengah marah tu. jahat betul mulut aku ni aih. aku tarik balik. fuwa fuwa~
eh eh nak cakap!~ yang jang dong gun pelakon korea yang sangat kacak-gila-meroyan-gadis-di-luar-sana-bila-tahu-dia-dah-kawin tu muka dia ada iras iras orang yang aku suka weh! kahkahkah! gila gedik rasa nak celup muka dalam tong sampah saja.
sebab masa aku tengok ulangan ALL ABOUT EVE kat NTV7 tu aku baru perasan. dulu aku tak perasan sangat. awww cutenya my dong gun! tehehe
oh dan ! ada seorang lelaki kacak dekat kelas p1 yang aku panggil BOB THE BUILDER sebab tak tahu nama dia, tapi dia dah tak ada dalam kelas p1 lepas post registration wuuu~ gila gatal mak aih! haha tapi kelmarin terserempak dekat 14. awwwww terus aku malu malu kucing awwwwwwww~ miaww miawwwwww~
lepas tu kan si perempuan yang self obses dulu tu, dia pergi cakap kuat kuat
''apasal ateem senyum senyum ni? oooo pasal budak baju pink tu eh?''
suara dah macam petir, budak tu elok saja depan aku kot. tak guna. terus aku blah dari 14 turun ke 13. memalukan T-T
ok bye nak tidur nanti pukul 5 nak hantar helmi tuition. wuuu~
Bersalin anak kedua.
8 years ago
2 shouts:
thats my girl! independent. :) aku ragu2 sikit bila kau cakap lelaki hensem. ehm. hensem atau nerd kalau nama pun bagi bob the builder? hahahaha
booo!! ini rose pun suka juga la! hahah
Post a Comment