Sunday, December 29, 2013

Selesema tahap melampau

Tak tahu lah sebab apa tapi harini selesema melampau sangat. Dari tadi asyik bersin. Gatal hidung. Hidung tersumbat. Tak tahan. Tak apa cabaran betul harini kan!

Paling mengundang flying kick bila sejak kebelakangan kelajuan Unifi macam tahi. Kelembapan dia tidak boleh diterima akal fikiran manusia normal. Bayar kalau murah tak apa. Ini bayar tak sepadan dengan kelajuan siput sedut dia. Malah kadar sedutan siput sedut lebih laju berbanding Unifi. Petnda apakah ini? Sungguh tak minat bila buffering tengah streaming variety show ke MV ke apa benda semua. Tak minat. Kalau masa adik aku wujud dia nak lembab aku boleh terima sebab Hafiz selalu main game online. Nak kena bersaing dengan dia. Ini dia pun tak ada. Aku seorang je menguasai internet.

Tapi kalau tak sebab tengah tunggu streaming aku jalan mesti aku tak sentuh blog. So bertuahlah kau blog sebab internet lembab aku buat post kuang kuang kuang!

Sebenarnya ada pengakuan nak dibuat. Sekarang kan dah minat EXO. tsk tsk tsk. Dulu masa Alin minat aku kutuk dia. Aku kata:

''Eeee apa ni kumpulan sampai 12 orang''

''Entah pape lagu auuuf auuuf bunyi binatang''

Dan yang lain perlu dirahsiakan untuk menutup malu sebab kutukan semakin teruk haha. Kemudian aku tiba-tiba nak ter'search' kat youtube performance EXO dengan EXO Showtime. Tak tahu syaitan apa yang menyebabkan aku nak search benda tu. Jari aku laju menaip setiap perkataan. Laju meng'click' setiap video yang aku jumpa. AKU TAK FAHAM KENAPA AKU NAK CLICK? KAU FAHAM? SAMPAI SEKARANG AKU TAK TAHU APA YANG INTRIGUE AKU NAK CLICK DAN SEARCH EXO TU. *sambil menggelengkan kepala*

Yang lebih menyedihkan ahli dalam kumpulan tu semuanya berumur kurang dari 25 tahun. Sudah layaklah kiranya diorang digelar anak ikan untuk aku. tsk tsk tsk *ajuma menangis*

 From Left(top): Kris, Tao, Kai, Lay, Suho, Sehun, Changyeol
From Left(bottom): Chen, Xiumin, Luhan, D.O, Baekhyun

Malangnya aku hafal setiap nama manusia dalam kumpulan EXO ni. Ia mengambil masa kira-kira beberapa jam selepas kegiatan youtubing itu. 

Untuk membersihkan minda, marilah memandang gambar Min di bawah agar semua manusia mencapai keamanan yang diidamkan.

comel tak gaya saya tidur?


2 shouts:

minna said...

pedo gila! sila bertaubat! syaiton EXO tu! haha. min tu tidur cam aku! haha

Datema said...

haha hoi! tu bukan bawah umur tu semua atas umur cuma errr kategori anak ikan sgt! haha