Wednesday, December 11, 2013

Penganggur

Hello hello.

Dah macam chipsmore. Malah lebih teruk dari chipsmore. Setiap hari buka blog tujuan untuk post something selalu gagal sebab Youtube. Yeah surfing thru the night sampai niat terbatal. salahkan Youtube.

Niat dihati nak update tapi selalu emosi tak stabil. sebab kadang kadang rasa semangat nak update. kadang kadang rasa tak ada semangat. Please emosi boleh berubah dalam beberapa saat.Dari happy ke tak happy. yes, i'm not normal. sebab normal is too mainstream. *flipshair*

Dan sebab sedang download game The Sims 3 yang bersaiz sumpah-bapak-melampau besar i.e. 5GG lalu internet lembab untuk youtube lalu terpaksaaaa update blog. yes ni je yang paling laju sekarang. dan sekarang ni baru 60% download. !@#%&%^

So yeah. Aku dah resign dari company yang aku telah berkhidmat selama almost 2 years (apprx: 1 tahun 11 bulan 20 hari)

Tadi berhenti kejap sebab mama nak guna computer. pfft haha so sekarang sambung balik....

Dan masa aku letak surat resign tu aku memang buat keputusan membabi buta. Memang niat nak resign tu dah ada tapi bukan dalam masa terdekat. Paling cepat pun niat masa end of Dec'13 sebab nak cukupkan 2 years serving kat sini. Tapi ada sesuatu yang telah menyebabkan bom kebaboom kat kepala otak ni. ye, sebab teringat ada audit dan juga tiada motivasi untuk berada lebih lama lagi disitu. 

Dalam masa 2 tahun ni, banyak sangat belajar benda baru. Sebab aku adalah account pertama dekat sana. Jadi aku adalah pioneer untuk account. Aku dan Kak Nazz. Kami punya kerja sekarang ada 9 orang buat. Dulu kami berdua sahaja buat 9 orang punya kerja. HAHA 

Dalam masa 2 tahun ni aku dah buat benda dari AP, AR, CREDIT CONTROL dan BILLING. Aku je rasa semua ni sebab turnover staff sangat tinggi kat sini. Thus, every time ada orang nak berhenti, i will be the first person yang kena panggil untuk cover kerja orang tu. Bear in mind please yang aku ni ada masa less than 3 days untuk learn dari the previous staff sebab mereka suka berhenti tak bagi notice. Kalau notice pun 1 week. Dan semua benda tu adalah sesuatu yang baru untuk aku tapi aku terpaksa learn secepat mungkin sebab nanti kena marah dengan bos. Bos bukan faham pun kita ni tahu ke tak, boleh buat ke tak, yang dia tahu apa dia nak kita kena make it. Pressure habis sebab i need to learn fast dan aku rasa otak aku macam nak meletup tapi tak apa, aku accept the challenge. Semua benda aku tahu. Dan tiada siapa pun ambil tahu apa aku buat. Yang penting due date kena tepati. Dan sebab tu lah tiada yang akan jangka aku letak surat resign sebab aku buat saja kerja yang bos bagi. haha So bila aku letak surat Bos menggelabah terus hire 3 orang untuk ambil alih kerja aku. Lawak kan? Time aku buat dulu, aku sorang je tanggung. Dan nak suruh aku ajar A sampai Z, satu per satu which is bagi aku merepek sebab aku learn everything by myself without the help of others! 

Tapi semua benda dah lepas. Sebab sekarang aku adalah manusia yang paling bahagia.

Thanks untuk 2 tahun yang bermakna. Selamat datang 2014 semoga dapat kerja idaman!


1 shouts:

minna said...

aku doakan kau lebih bahagia dengan kerja di tempat baru! dan mudah2an berjumpa jodoh terus. amin. :p