Sunday, April 10, 2011

day 1

hari first sampai sini memang mencabar juga lah. adik aku pi bawa kitorang naik pelbagai public transport kat sini sebab nak pi rumah dia kat liverpool tu. 


naik flight 13 - 14 jam. maka sampai stansted airport dalam pukul 8 malam UK dan 4 pagi malaysia. memang dalam kapal terbang tu nak retak punggung juga lah kan. ingatkan seronok. minta maaf lah kalau dah naik air asia tu harap maklum seat dia ok. hahah. memang tak luas dan tak sempit. elok elok tapi errr tak ada seselesa emirates dulu haha. emirates mestilah mahal kan. bedebah!


oh anyway jumpa Vanida Imran dalam flight tu. dia buat NONA kat UK meh. aku mula perasan dia time dia masuk. aku bagitahu alin, dia kata aku tipu. bedebah. bila dia tengok baru kata betul haha. AYAH DUDUK SEBELAH DIA TAPI TAK TAHU DIA PELAKON PENGACARA OR NAMA DIA PUN. siap berborak sakan please! macam macam vanida cerita termasuklah ayah aku sekali bercerita. grrrrr ayah ni! aku dengan alin panas je haha 


masa dalam flight tu sebelah aku ada 1 kumpulan dalam 5 orang macam tu dari indonesia. maaf lah memang bising gila mereka tu. haha. tenaga diorang macam tak turun langsung. penuh saja. aku tidur diorang berjaga. aku berjaga diorang berjaga -____-'' hiburan yang menyeksakan haha


oh sampai je stansted, hakim pun baru sampai naik bas dari liverpool. dia kata nak pergi rumah dia kena naik train dan nak pergi train tu kena naik bas. bas dia macam bas pendek van. eh aku pun tak tahu nama dia apa haha. tapi masalahnya bas tu kena naik pukul 4 pagi. maka dari pukul 9 samapi 4 pagi duduk kat stansted haha. aku mana tahan mengantuk jetlag bagai dengan alin, maka tidur atas kerusi. pergh sejuk weh! 13 celcius bagi diorang PANAS. wth aku macam nak pengsan haha


pukul 4 naik bas sampai dekat stesen apa entah nak naik train tengok 4 pounds. ceh naik bas lain pula tak jadi naik train. naik bas sampai ke stesen keretapi virgin. sampai sana dalam pukul 6 pagi. naik train 6.30 ke london millway (eh aku tak ingat nama apa ni) dalam 2 jam sampai naik lagi train lain ke liverpool. tu dalam 45 minutes je. tak sampai pun rasanya. then naik teksi ke rumah akim dalam 5 minutes. pukul 9 .30 pagi. pergh mencabar! haha. 


sebenarnya tak macam ni pun. tapi sebab sampai UK malam maka leceh sikit. plus turun kat stansted. 


ha ! solat! aku lupa. kitorang solat saja kat tengah orang ramai tu tak ada telekung semua dengan berkasut lagi. lapik muka guna sweater je. ambil wudu'memang mudah. tapi masalah toilet sikit haha. tak ada air. maka aku dengan mak aku guna botol kosong isi air masuk toilet. pergh lega kalau tak memang aku rasa tak selesa. haha. 


tadi jetlag sampai 12 tengah hari sini tidur bangun siap siap berjalan keliling liverpool. mesra orang kat sini


tadi lepas jalan lapar pergi makan kat kedai bazooka kot nama dia. halal. dalam tu ada orang UK yang tua tua. berborak dengan kitorang haha. ayah melayan la kan. tehehe gelak besar kemain lagi oi!


masalahnya aku tak faham slang UK haha. tadi kat TESCO aku beli ginger. masa nak bayar tu cashier tanya


''you waint pástaic baig?''


aku  terkebil kebil tak faham. suruh ulang. masih tak boleh terima, aku terus ambil jalan selamat kata


''yes yes''


dah masuk kereta baru fikir balik apa dia kata, baru faham T-T memalukan. haha


ok bye nak update dengan gambar malas. nanti je lah ye. ok bye! esok nak bangun awal pergi carboot! yessza!

1 shouts:

atul said...

oh hoi
scenery picture please...!!
xpelah...enjoy dulu!