Wednesday, July 28, 2010

setelah sekian lama

perlu buat 1 pengakuan

semalam langgar kereta kancil
habis kereta aku bumper jatuh
kereta yang di langgar hanya scratch je

oh please
memang aku rasa bersalah amat
1st time accident salah diri sendiri
ye aku memang langsung tak fokus bawa kereta semalam
entah apa aku fikir
aku pun tak tahu

nasib baik
owner kereta tu tak minta apa apa
dia just risau kereta aku saja

haih please la
kualiti kereta proton memang oh-so-full-of-shits

semalam nak bagitahu mama terus terencat
sebab mama kata

''hari ni mama masak kurma ayam, semalam akak ada mintak kan?''

oh please tak sampai hati!
hari ni baru bagitahu
aku memang nak bayar guna duit sendiri
tapi mama kata tak apa
mama bagi duit
haih~
sedih
mama tak marah langsung please
terharu lagi~

plus 
sejak sejak ini emosi tak berapa nak stabil
maybe secara luaran nampak happy semacam
tapi oh tak tahu kenapa
sampai sekarang hati rasa tak sedap
mungkin hanya gangguan syaitan saja
haih

dan tadi pergi ofis even hati tak sedap
tetap senyum 
aku di ofis memang tak sama aku di luar ofis
masa di ofis memang akan fokus 
tak boleh fikir benda lain
sebab tu bila lunch pun tak sedar
dah pukul 7 pun tak sedar

tadi si ah foo tegur aku tiba tiba
ha ha
dah lah tiba tiba saja
terkejut aku
bila tanya kenapa 
dia jawab

''saya tengok awak happy sangat saja hari ni, saya pun jadi happy tengok meh.ha ha''

ha ha
ah foo saya hari hari pun happy meh~
cuma tadi abang kacak dah datang kerja so terlebih happy
ha ha

tapi tadi abang kacak kerja separuh hari
demam 
balik time lunch
haih 
separuh hari saja aku happy meh~

aiya~~

semalam juga abang kacak sangat dekat dengan aku!
ha ha
tak pernah duduk menghadap aku
selalu berdiri sebelah saja
so bila tiba tiba ambil kerusi duduk depan
so aku terkejut sangat
ha ha
dah lah semalam aku pakai celak
ha ha
sebab dah dekat sebulan tak pakai
takut membazir
ha ha

tapi bukan bermakna cantik!
damn baru aku sedar celak comot
aku memang sah tak suka eye-to-eye contact
dengan lelaki la
malu kot
isk isk isk!
so aku tunduk saja la
patut pun beliau asyik tunduk
ikut arah kepala aku
ha ha ha
memang tak guna !

bagi aku dia tak kacak la sangat

tapi ramai perempuan suka kata dia lengchai!
ha ha
aiya~~

dah lah oleh kerana dia kerap sangat dengan aku
dan bila aku tanya apa-apa dekat orang lain
orang lain refer dia sebagai

''itu pejal kau punya''

''itu you punya lengchai punya meh''

''u punya darling sudah balik meh, dia demam''

ha ha ha

dan plus

dia tengok movie dengan mak dia semalam
sweet please
i mean so anak mak !ha ha ha

aku memang suka perasan

mana tak nya
kerap sangat datang dekat aku
soalan SAME SAJA SETIAP KALI
ha ha
plus ada senior dekat sebelah dia kot
boleh saja tanya dia
malah kerap borak saja dengan senior tu
apasal tak mahu tanya
aku dekat belakang yang jauh ni juga kau nak tanya
ha ha
boleh lagi obvious tak?
ha ha

kadang-kadang nak cari file pun suruh aku temankan
nak suruh aku cari sekali dengan dia 
ha ha ha

tapi sekarang dia dah berani panggil aku dari depan
suruh datang dekat dia
ha ha
cis!
nak tanya sila datang ke padaku le~
ha ha

oh ini sangat perasan please

dan sejak dah lama tak post apa-apa maka ini jadi panjang lebar
harap maklum.

ini lagu yang menjadi kegemaran sekarang:











5 shouts:

Anonymous said...

AMBOI!!

haha...good good!

-cube teka sape saye-

minna said...

aku harap bila dia ajak ko dating, dia tak bawak mak dia sekali. hahahahaha

Datema said...

oh da malas la nak main teka teki tekuk!ha ha ha

minna so senang sikit pergi nikah terus.HA HA HA

biskott said...

mana aci ada lelaki kacak!

Datema said...

aci x aci aku antara yg bertuah!HA HA HA