Saturday, May 8, 2010

jumaat yang friday

ergh~
dah kembali addicted dekat twitter
ha ha
sebab ada witter korea artis la!
ha ha

plus twitter nak mengutuk sebut nama betul betul pun senang
gila kool kan kan!

--------------------------

anyway
tadi pagi pagi dah keluar rumah
ye pagi
pukul 7.30 pagi
sebab nak bawa mak pergi klinik
nasib baik sekejap saja
dalam pukul 8 pagi dah siap

itu pun sebab mak potong barisan
ha ha

lepas pergi klinik
of course nak kena pergi sarapan
ha ha
bawa mak pergi McD

aku belikan mak pancake set
aku makan set burger 
masa mak tengok saja burger aku
mak tanya

''mana burger mak?''

''eh bukan mak makan pancake tu ke?mak kan suka''

''ala mak nak lah burger juga..nak dua dua''

''uish maaaaaak...ha ha..banyaknya makan!''

lepas saja beli
mak terus makan
terus kenyang
terus tak makan pancake
terus tapau bawa balik
ha ha

oh no no no
kami tak balik
mak nak pergi giant
tapi sebab giant tak ada wheelchair
aku ajak pergi jusco
ambil kau
pukul 9.30 dah terpacak kat jusco
padahal buka pukul 10 macam tu
ha ha

akhirnya dah buka
terus pergi ''shopping'' barang dapur
pergh!
sampai tengah hari!
memang sumpah penat

masa nak tolak wheelchair mak
sekali dengan kereta sorong barang
ada manager jusco nampak aku susah payah tolak 
dia offer budak dia suruh tolong
dan dia chinese
aku sangat kagum
padahal melayu ramai tengok saja nenek aku tu
ha ha

oh bukan nak kutuk bangsa sendiri
hanya nak bagitahu saja
kata 1 malaysia
ha ha

anyway
sampai saja rumah mak
angkat barang yang melampau banyak
terus aku terjelupuk[pergh perkataan bombastik]
tidur sampai pukul 5 
4 jam 
4 jaaaaaaam!

mak suruh stay
tapi oleh kerana aku sehelai sepinggang
aku tolak pelawaan itu[ayat macam...!@#$%]







p/s - aku pergi jusco pakai selipar buruk huduh menjatuhkan maruah




0 shouts: