Sunday, February 28, 2010

terbaik dari ladang fatema

oi hazto kau ingat
iman kau seorang saja yang lemah?
tak tengok aku punya lemah lagi kan kan kan


sebenarnya memang niat tulus ikhlas dari hati tanpa was was
mahu delete FB
tapi syaitan memang menjalankan tugas dia
hasut aku main game
sebabkan game farmville ini
maka aku telah terpedaya

hari hari tuai hasil
kalau seminit tak buka tengok kambing lembu ayam itik 
mesti hati tak tenteram
lagi lagi kalau hasil tanaman rosak
hati rasa sebak
hasil titik peluh
terbuang begitu sahaja

--------------------

oh sekarang tengah baca 

SIX SUSPECTS - Vikas Swarup


setakat ini
separuh sudah baca
MEMANG TAHAP KARMA PUNYA BEST MELAMPAU
JADI GIAN MACAM KENA METH PALING KUAT SEKALI


oh author ni yang buat buku Q & A a.k.a Slumdog Miilionaire

aku dah macam gila sikit baca buku ni
melekat saja buku tu dengan aku
tak boleh tahan dia punya godaan
bila aku tengah buat F9
kalau terpandang saja buku tu
memang selamat la kau F9

semua salah daus
dia yang bagi aku pinjam buku best best
siapa suruh
kan aku dah gian!




0 shouts: