aku memang tak faham
dengan perangai orang MELAYU islam
berkaitan isu kalimah Allah
aku pelik la
kenapa yang cetek agama sibuk nak bagi pendapat
kalau pendapat itu tiada unsur emosi tak apa
ini memang beremosi
siap buat hukum sendiri
aku langsung tak faham
orang yang bijak agama
para ulama'
bagi pendapat
semua tak mahu tengok
jangan bagi sebarang pendapat
tanpa sebarang kajian tentang islam
itu seperti memburukkan islam
seperti mengatakan
islam adalah agama yang sempit
sekarang baru nak sibuk
pasal kalimah Allah ni
aku nak tanya sikit
kau yang sibuk sibuk ni
ada ke amalkan islam secara baik?
ada kau ikut ajaran islam ni?
ada kau tinggalkan apa yang dilarang?
ada kau mengkaji Al Quran itu untuk setiap baris yang kau baca?
heh itu pun jika kau baca
oh kau tahu ke rukun islam dan rukun iman?
jika perkara sekecil ini pun kau tak amalkan
kau diam
kerana kau akan lebih berdosa jika kau mengeluarkan kata kata
kalau nak sangat bagi pendapat
FIKIR DAHULU!
BUKAN CAKAP BARU FIKIR!
"orang arab dia tahu..tapi dia jahil..macam abu jahal"
ya Allah ikut sedap mulut je kau cakap ye
pandai sangat la tu
kau kata macam ini serupa orang
yang tak pakai otak
cakap ikut perasaan
kau tahu keturunan nabi apa?
kalau aku dapat budak ni aku lempang muka dia
"mm... didikan2... sume kate didikan... kalo pemimpin xsekat segala yg haram.... cmne nk jadik... didik cmne pn.. kalo benda haram mengalir dlm tubuh... equal to bebal..."
aish
kau ni memmang tak faham agaknya
semua mesti la bermula dengan didikan
kau ingat kau lahir terus pandai ilmu agama
kalau tak dididik
maka jadi macam kau la
takkan kalau seseorang itu telah sesat
bermaksud tiada jalan pulang untuk dia?
kau bukan tuhan untuk judge semua ini
kau tak layak untuk judge pun
semua manusia mempunya peluang yang sama untuk mengenal islam
peluang yang sama untuk kembali ke jalan Allah
ke jalan yang benar
SEMUA MANUSIA
BUKAN SEMUA ORANG MELAYU DAN ISLAM SAHAJA
aku geram betul dengan isu ini
kenapa isu orang Islam masuk kelab
minum arak
main judi
berzina
rasuah
kenapa tak menjadi isu
padahal ini juga berkaitan dengan imej islam
perkara ini dikata kecil?
padahal sudah menjadi darah daging orang Islam
ini yang patut dibanteras
kau ingat dengan menyebut nama Allah
kau dikira islam sempurna syarat?
kau ingat yang membezakan manusia adalaah sebutan Allah itu?
kalau macam tu
tak payah solat
tak payah puasa
tak payah bayar zakat
dan sebagainya
kau duduk rumah
pergi clubbing
pergi berjudi
lepas itu sebut nama Allah
macam itu betul ke?
yang membezakan kita sebagai umat islam
bukan sebutan Allah
aqidah kita
sekuat mana kita cintakan Allah
sekuat mana iman kita terhadap Allah
sekuat mana sehingga kita sanggup mengenepikan sebahagian dunia
hanya untuk Allah
pendapat aku mungkin tidak boleh diterima
tapi sekurang kurangnya
aku tidak mengikut perasaan
membabi buta memberi pendapat
aku juga bukan seorang muslimah
yang sempurna
malah selemah lemah umat
tetapi aku tak sanggup
melihat muslim
yang semakin terpesong dari ajaran Islam yang sebenar
seperti melihat tanah yang ketandusan
yang sepatutnya subur
sesungguhnya yang baik itu dari Allah
dan yang buruk itu datangnya dari diri aku yang lemah bergelar hamba Allah
0 shouts:
Post a Comment