Sunday, October 17, 2010

masa sekolah dulu aku memang menggedik lebih
please dalam konteks aku menggedik bukan jenis yang terkinja kinja minta simpati supaya jantan perkasa datang mengorat

dalam kamus aku menggedik adalah = mentel
ok itu bahasa ibunda aku
jawa

aku memang kuat menangis
sebab tu aku memang pandai berlakon menangis
kalau tak percaya try la tengok 
pasti pihak astro dan persatuan kebudayaan negara ambil aku berlakon
lepas tu professor gila pun dah tak ada modal nak buat movie sebab pelakon dia tak professional macam aku
lepas tu ahmad idham pun dah tak ada pelakon air mata sehandal aku lagi
akhirnya aku akan memonopoli sektor entertainment
dan aku pun kaya
 asyhraf muslim, FT dengan aaron aziz mesti kamceng gila dengan aku
aku pasti!

ok berbalik kepada peristiwa menggedik

aku bukan sahaja menangis sebab kena marah
itu normal la kan
please menangis tu ditambah pula aksi dramatis mengoyak buku
ataupun membaling barang atas meja
atau meletak muka diatas meja tanda protes
atau menggunting buku/kertas yang ada
atau membatukan diri sambil menjeling semua orang termasuk guru

peristiwa ini bukan aku sorang sorang dok dalam bilik air ke
tapi aku memang akan tunjuk on the spot!
tak ada break break
terus tekan minyak 200km/hr tanpa rasa apa apa
cikgu nampak
kawan sebelah nampak
semua nampak
kawan sebelah jadi gabra semacam tengok perempuan sebelah menangis teresak macam kena pukul
lepas tu meroyan tak tentu pasal baling barang
dalam hati rasa gentar duduk sebelah perempuan gila meroyan
kasihan

''sabar ateem, tak apa aku pun tak faham''

eh eh eh 
kata kata ni memang semua orang akan cakap bila nampak aku meroyan
kuikuikui

paling dramatik bila aksi dalam kelas add math
aku boleh koyakkan buku teks add math ok
please la memang drama queen betul!
kahkahkah
cikgu siap datang dekat aku tanya sebab apa

''saya tak faham apa cikgu ajar...''
 sambil teresak esak
ha ha ha
alangkah bodohnya ayat
simpati gila

eh bukan masa sekolah aja
time dah buat ACCA pun perangai tak ubah
bangang oh bangang
puteri dengan bintang cuak bila nampak aku menangis masa 1st time
masuk 2nd time aku rasa mesti diorang rasa nak bagi pelempang sekaki
macam mana nak buat
memang aku dah try tahan 
still tak boleh
kalau menangis saja tak apa
ni siap aksi ganas sekali


======================================


anyway beberapa hari ni 
memang best!
sila tonton ok

theme song paling best

EHEM MASA AKU PASANG LAGU NI DEKAT RUMAH 43
SEMUA KATA TAK SEDAP
LEPAS TU SIAP KATA

''LAGU NI TAK ADA LIRIK KE?ASYIK SHUBIDU BIDU JE''

sekarang siapa yang dah sawan dengan lagu ni?
ha ha ha ha ha ha ha

sesungguhnya aku tak pernah memberi hasil yang tak terbaik
he he he he he he he he

==================================

open arms - journey

lagu ini sangat best
dah lama dengar
dan ini lagu lama
memang serius best
haih
kalau dengar mesti nak feeeeeeeel gila
kehkhkeh
anyway try la dengar
mesti tak rugi

==================================

dah tender
2 weeks notice macam lama saja
haih cepat lah habis kerja
tak sabar dah nak buka buku
seram betul
dah lah mimpi fail audit markah 40
sungguh menyayat hati

===================================

dalam hidup selain menyesal tengok cite twilight
aku ada 1 lagi penyesalan besar
memang gila aku menyesal sangat

apa punya setan la kawan aku pergi beli tiket wayang cerita

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2

memang mengundang nak makan pelempang kaki aku betul
tak payah beli kalau s=cerita tahi ayam yang ada
aaaaaaaa
tengok movie sepatutnya release tension
ni tambah tension ada la
rasa nak pecah je otak
tempurung kepala dah retak tunggu hancur berkecai ok
dah lah aku tak faham

FULL HOUSE PULAK DALAM TU
BODO DO DO DO DO
KETAWA TERBAHAK BAHAK MACAM KENA RASUK SAJA SEMUA ORANG
AKU TAK TAHU TIME BILA AKU KENA KETAWA
BILA KIRI KANAN AKU GELAK
AKU JADI MACAM

BILA PENYOKONG LIVERPOOL SALAH TEMPAT DUDUK DEKAT KAWASAN PENYOKONG MAN UTD

faham?

kesimpulannya kawan aku memang perangai tak ubah macam cicak kobeng
harap je lelaki dah belajar tinggi
nasib baik kau belanja

fuuuuuh selamat duit

 ==================================

dah lama sangat tak update apa apa
sekali aku jama' kan cerita dalam 1 post daaa





0 shouts: